Fasa-fasa kitar haid Kitaran haid

Fasa haid

Hari 1 hingga 5

Lapisan dinding uterus, salur darah dan ovum yang tidak tersenyawa dan disingkirkan apabila haid bermula. Lapisan uterus akan terurai dan mengalir keluar.

Fasa pemulihan

Hari 6 hingga 11

Dinding uterus mula dibina semula dan semakin menebal. Salur darah pada dinding uterus akan terbentuk dan bersedia untuk menerima sel yang telah disenyawakan.

Fasa subur

Hari 12 hingga 17

Ovum dibebaskan dari ovari pada hari ke-14 kitar haid. Dinding uterus dan salur darah terus berkembang. Jika ada sperma, persenyawaan mungkin berlaku.

Fasa prahaid

Hari 18 hingga 28

Dinding uterus terus menebal dan kaya dengan salur darah. Juka berlaku persenyawaan, embrio akan terjadi di dinding uterus. Kitar haid akan berulang semula sekiranya persenyawaan tidak berlaku.[2]